Selasa, 24 Mac 2015

Tanjong Cinta



Tanjong Cinta

Tanjong ini adalah untuk pecinta
yang melakar cinta pada nusa
membenihkan kuntum harapan
ditabur menjadi permata.

Sejarah cinta ini panjang
mekar mengharum wangiannya
tumbuh bersama tunas khidmat
melata di bumi subur
Tanjong Cinta.

Segala yang telah abadi berabad
berkembang jasa membina pujangga
bermadah dalam slogan bernyawa
mencorak warna putih menjadi bunga
yang dipuja di atas gemala.

Tanjong Cinta ini menyimpan segala
tentang segala kisah penghuni
yang datang dan pergi
yang ada matlamat tersendiri
yang datang membawa cita dan harapan
yang datang menabur cinta
pada perdu pohon keilmuan.

Sesekali mereka hadir kembali
kepada Tanjong Cinta yang ditinggalkan
mengungkap pepohon nostalgia
di dasar bumi Tanjong Cinta
yang menyaksi dan menjadi saksi
pada bayu tertiup lembut
menitip kemesraan yang pernah datang
yang tak putus menerima pecinta
silih yang berganti memberi harapan
menjanjikan bauan impian jadi nyata.

Redupnya bumi Tanjong Cinta
dipayungi rahmat sentiasa
yang tak dapat di pisah kisah cintanya
tentang gedung pendidikan
sejarah penubuhan dan pengembangan
 yang gahnya kian serata.

Tanjong Malim adalah Tanjong Cinta
yang melahirkan murabi
buat pecinta ilmu.

Badrul
Adunmasblogspot

9 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. terbaik lahhh,,ungkapan cinta tidak knal siapa.... aris 230929

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. salam,kepada pencipta ini,,,Tanjong Malim adalah Tanjong Cinta
    yang melahirkan murabi
    buat pecinta ilmu.
    ungkapan cinta boleh di lontar kan di mane saja....

    BalasPadam
  5. terbaik lahhhhh..... aris 230929

    BalasPadam
  6. Penggunaan perkataan seperti cinta membawa seribu makna kepada pembaca iaitu bermaksudkan cinta Pada tempat menarik. Pembaca juga dapat membaca karya ini dengan ayat-ayat istimewa dan ayat-ayat yang jarang digunakan. Pembaca juga kenalkan insan yang berasal dari pulau cinta adalah insan pencinta . karya ini mengisahkan keistimewaan tempat - tempat dari pulau tersebut. keseluruhan pembaca akan tertarik dengan penggunaan bahasa dalam karya ini. pengarang karya juga membuay karya dengan penuh perasaan mendalam.
    nama: abduk rahman bin abu bakar
    matrik: 230937

    BalasPadam
  7. Penggunaan perkataan seperti cinta membawa seribu makna kepada pembaca iaitu bermaksudkan cinta Pada tempat menarik. Pembaca juga dapat membaca karya ini dengan ayat-ayat istimewa dan ayat-ayat yang jarang digunakan. Pembaca juga kenalkan insan yang berasal dari pulau cinta adalah insan pencinta . karya ini mengisahkan keistimewaan tempat - tempat dari pulau tersebut. keseluruhan pembaca akan tertarik dengan penggunaan bahasa dalam karya ini. pengarang karya juga membuay karya dengan penuh perasaan mendalam.
    nama: abduk rahman bin abu bakar
    matrik: 230937

    BalasPadam
  8. Penggunaan perkataan seperti cinta membawa seribu makna kepada pembaca iaitu bermaksudkan cinta Pada tempat menarik. Pembaca juga dapat membaca karya ini dengan ayat-ayat istimewa dan ayat-ayat yang jarang digunakan. Pembaca juga kenalkan insan yang berasal dari pulau cinta adalah insan pencinta . karya ini mengisahkan keistimewaan tempat - tempat dari pulau tersebut. keseluruhan pembaca akan tertarik dengan penggunaan bahasa dalam karya ini. pengarang karya juga membuay karya dengan penuh perasaan mendalam.
    nama: abduk rahman bin abu bakar
    matrik: 230937

    BalasPadam
  9. Penggunaan perkataan seperti cinta membawa seribu makna kepada pembaca iaitu bermaksudkan cinta Pada tempat menarik. Pembaca juga dapat membaca karya ini dengan ayat-ayat istimewa dan ayat-ayat yang jarang digunakan. Pembaca juga kenalkan insan yang berasal dari pulau cinta adalah insan pencinta . karya ini mengisahkan keistimewaan tempat - tempat dari pulau tersebut. keseluruhan pembaca akan tertarik dengan penggunaan bahasa dalam karya ini. pengarang karya juga membuay karya dengan penuh perasaan mendalam.
    nama: abduk rahman bin abu bakar
    matrik: 230937

    BalasPadam