Selasa, 24 Mac 2015

Di kala ini



Di kala ini.
Dikatakan kemakmuran itu
melimpah ruah
sedang barisan
 kepimpinan terpilih
merasai  denyut nadi
marhain katanya
di kala kami mengharap
bantuan ditabur
dengan janji dan harap.

Lalu di kala ini
terasa makmur itu
ketika ku suap
makanan itu
dengan sudu dan garpu
di majlis perkahwinan
yang tiada lagi ku temui
bunga telur
yang harga telurnya
 turut meningkat
dikala telur dan bunga
tidak lagi melambang
kemakmuran zaman.

Di kala ini
menyalut kemewahan itu
adalah kemakmuran
yang sedang dikecapi
sedangkan ingatan
mesra bank pasti menanti.

Di kala penggal
 persekolahan bermula
kemakmuran itu menipis
di gedung yang simpati
katanya yang cukup mengerti
denyut nadi itu dirasai
dikala kepimpinan menangani tugas
jasa marhain katanya dihargai
yang menjana negara makmur
yang kemakmuran itu
adalah senyum pemilik gedung
mengisi perbendaharaan negara
kononnya.

Maka itulah kemakmuran
pada perit dan sengsara
sepasang pakaian sekolah
dan sepatu putih
dengan nilai jerih
kudrat insan.

Di kala ini
sebalik riak kemakmuran
sejahtera itu pudar
pada keping not harga
yang meringgitkan
maruah manusia
di kala
aku hanya mampu
bersujud pada –Mu.

Badrul
Adunmasblogspot

4 ulasan:

  1. Puisi ini mengambarkan tentang kenaikan harga dalam negara kita.. dimana negara kita terpaksa menaikkan harga barang sehingga penulis menguraikan bahawa sejak kebelakangan ini tidak dapat tengok bunga telur dalam perkahwinan... kenaikan harga merungsingkan penduduk di mana mereka hanya boleh meminta bantuan daripada tuhan sahaja... penulis menguraikan setiap perkataan dengan maksud tersirat... walaupun maksudnya tersirat tetapi pembaca boleh memahami perasaan penulis...
    Jessintha Jayaseelan
    230922

    BalasPadam
  2. Hasil karya ini membawa maksud yang mendalam dan tersendiri kepada penulis dan pembaca. Karya ini menggunkan bahasa yang mudah difahami. Penulis menerangkan luahan hati dengan keadaan sekarang yang dikatakan maju oleh peminpin tapi tidak pada rakyat. Taraf hidup yang tinggi membebankan rakyat tidak seperti apa yang dijanjikan.


    Linda 230938

    BalasPadam
  3. Hasil karya ini membawa maksud yang mendalam dan tersendiri kepada penulis dan pembaca. Karya ini menggunkan bahasa yang mudah difahami. Penulis menerangkan luahan hati dengan keadaan sekarang yang dikatakan maju oleh peminpin tapi tidak pada rakyat. Taraf hidup yang tinggi membebankan rakyat tidak seperti apa yang dijanjikan.


    Linda 230938

    BalasPadam
  4. Sajak ini mengisahkan tentang maruah rakyat yang mudah dibeli dengan sogokan dan janji-janji palsu. Kepercayaan yang diberikan bekurun lamanya dikhianati. Walaupun hidup dalam kemakmuran namun hakikatnya rakyat merana dengan taraf ekonomi yang tidak setanding dengan poket peribadi. Semoga dengan sajak ini rakyat tidak lagi mudah disogok dengan kesenangan seketika dan penderetiaan tak berpehentian. Sajak ini menghuraikan maksud tersirat dengan baik dan berkesan. Tahniah. Nieza 230940

    BalasPadam