Selasa, 24 Mac 2015

Seloka Telefon Bimbit



SELOKA TELEFON BIMBIT

 Tak kira tua mau pun muda
Berbagai warna jua pun rupa
Kemana pergi bawa bersama
Nada berbunyi penuhlah bangga.

Tersisip di pinggang juga di kocek
Bukanlah lagi bendanya pelik
Walau ianya asyik dibelek
Rupanya mesej dengan si awek.

Banyak guna mestilah bayar
Walau ianya boleh bergetar
Guna juga diambil gambar
Silap gaya segala tersebar.

Elok diguna penuh manfaat
Supaya tak datang mudarat
Hubungi jauh juga yang dekat
Sailaturahim dapat dierat.

Yang bercinta barang utama
Baru dapat meluah rasa
Lidah kelu mudah bicara
Tiada berbalas terasa siksa.

Aduhai makcik dan juga pakcik
Ada yang besar maupun kecik
Jari ditekan semakin lentik
Semakin hari semakin asyik.

Ada juga boleh dirakam
Silap letak ada yang terkam
Cara diguna banyaklah ragam
Jadi teman siang dan malam.

Jangan sekali dibuat lupa
Apa yang patut padam segera
Ada terjadi kecoh rumahtangga
Mesej diterima jadi tandatanya.

Kalau memandu penuh berhati
Tambah resah sedang berbunyi
Usah fikir diri sendiri
Orang lain pun mampu nak beli.

Ada baik jugalah buruk
Memudah kita sangatlah elok
Segalanya cepat mudah dirujuk
Sambil berdiri jugalah duduk.

Zaman sekarang ianya penting
Tambahan pula saat genting
Terlebih guna ada yang pening
Hal lain tak ambil pusing.

Walau apa segala dikata
Cakap dimulut letak ditelinga
ikut empunya cara nak guna
tepuklah dada tanya selera.

Perisian mula bertambah canggih
Ada group wasap kita tersengih
Dapat berita  berita perlu disahih
Kalau terluka tentunya pedih

Kita sekarang semakin celik
Tak lepas peluang asyik dikelek
Aksesori hias cantik bersolek
Mata terbontang sambil mencebik

Terdapat aplikasi telah diprogram
Itu yang buat bertambah geram
Jangan terlupa sentiasa mengenggam
Termasuklah juga aksi melaram.

Ini seloka sebahagian ku karang
Agar pelajarku bertambah terang
Kursus diajar menjadi riang
Mendapat markah menjadi senang.

 Badrul 
Adunmasblogspot

21 ulasan:

  1. Satu karya yang mempunyai maksud tersurat dan tersirat dan penuh dengan kata nasihat dan panduan dalam penggunaan telefon bimbit. Telefn bimbit makin hari makin canggih. Penggunaan telefon bimbit perlu digunakan sebaiknya dan elakkan dari penyalahgunaan. tk. saifuzie#230935

    BalasPadam
  2. Seloka yang mambawa pelbagai maksud. Boleh dijadikan teladan dalam penggunaan telefon bimbit. Dapat memberi manfaat kepada pengguna telefon bimbit.

    Somraaj
    230934

    BalasPadam
  3. Dalam subjek SBLM 1023 Pengantar Penulisan saya telah mempelajari dan menceburi ilmu pengetahuan dari segi cara pengunaan bahasa melayu di dalam karangan dan pengunaan ayat dengan lebih efisien. Banyak yang saya pelajari daripada pensyarah bertauliah En.Badrul.
    Nama: Raguvarann Nair @ Ragu
    No.Matrix : S230253

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. Seloka ini dapat saya fahami bahawa penulis menggarap mengenai kecanggihan telefon bimbit pada zaman sekarang. Terdapat pelbagai teladan dapat dihayati oleh pembaca. Penulisan yang kreatif dan sangat baik. Seloka balas daripada saya :

    seloka indah dapat kubaca
    menjadi tatapan para pembaca
    penggunaan telefon bermacam cara
    terpulang pada diri membahagikannya

    terima kasih.
    hidayah, 230939

    BalasPadam
  7. Telefon bimbit sebagai alat perhubungan. Ini merupakan tujuan asas pembuat telefon bimbit di mana ianya dijadikan sebagai alat berkomunikasi sesama manusia tidak di kira di mana mereka berada boleh menggunakan telefon bimbit.
    Telefon bimbit pintar telah banyak memberi kebaikan kepada kita di mana dengan adanya telefon ini, maklumat terkini dapat diketahui dengan pantas. KinI dengan adanya pengunaan Whatsapp amat senang untuk berkomunikasi secara berkumpulan.

    B.Lashvinni
    230941

    BalasPadam
  8. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  9. Karya yg menceritakan ttg kecanggihan teknologi terkini dan panduan mrnggunakan telefon bimbit secara efektif...dan berkesan....
    TANESHWARAN
    230943

    BalasPadam
  10. Telefon bimbit bukan lagi merupakan memainkan peranan sebagai alat komunikasi yang digunakan untuk pembuat panggilan dan menghantar mesej. Kini ia sudah menjadi suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan harian kita. Segala kerja dapat dijalankan melalui penggunaan telefon bimbit dalam sekelip mata. Lebih lagi, ia berfungsi sebagai alat memain video, kamera, muzik dan sebagainya. Skrin telefon bimbit yang bukan lagi kecil dapat membantu kita untuk menonton wayang tanpa membuka televisyen di rumah. Seseorang itu dapat menghubungi siapa sahaja di pelosok dunia pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia yang boleh berfikir harus berfikir sebelum menggunakannya. Terima Kasih Telefon Bimbit.

    Theyvekgan
    S230919
    UUM KL.

    BalasPadam
  11. Telefon bimbit bukan lagi merupakan memainkan peranan sebagai alat komunikasi yang digunakan untuk pembuat panggilan dan menghantar mesej. Kini ia sudah menjadi suatu perkara yang tidak dapat dielakkan dalam kehidupan harian kita. Segala kerja dapat dijalankan melalui penggunaan telefon bimbit dalam sekelip mata. Lebih lagi, ia berfungsi sebagai alat memain video, kamera, muzik dan sebagainya. Skrin telefon bimbit yang bukan lagi kecil dapat membantu kita untuk menonton wayang tanpa membuka televisyen di rumah. Seseorang itu dapat menghubungi siapa sahaja di pelosok dunia pada bila-bila masa. Walaubagaimanapun, kita sebagai manusia yang boleh berfikir harus berfikir sebelum menggunakannya. Terima Kasih Telefon Bimbit.

    Theyvekgan
    S230919
    UUM KL.

    BalasPadam
  12. Seloka yang menarik mengenai penggunaan telefon bimbit pada zaman sekarang yang mana tidak mengira usia. Hasil penulisan yang sangat kreatif walaupun ada yang diselitkan ayat yang kelakar. Hasil penulisan yang menerangkan baik dan buruk penggunaan telefon pada zamn sekarang yang mana akan melalaikan kita.

    Yana
    230923

    BalasPadam
  13. Di dalam Seloka Telefon Bimbit ini, penulis dapat melakarkan tentang telefon bimbit secara tersurat dan tersirat. Di dalam konteks pada masa kini ianya berlaku dalam kehidupan kita seharian. Secara peribadi penulis begitu kreatif dan dapat memberi input pada masayarakat dengan baik. Penggunaan ayat yang santai dan begitu menarik. Tahniah dan syabas diucapkan.

    Helmiz
    230926

    BalasPadam
  14. Di dalam Seloka Telefon Bimbit ini, penulis dapat melakarkan tentang telefon bimbit secara tersurat dan tersirat. Di dalam konteks pada masa kini ianya berlaku dalam kehidupan kita seharian. Secara peribadi penulis begitu kreatif dan dapat memberi input pada masayarakat dengan baik. Penggunaan ayat yang santai dan begitu menarik. Tahniah dan syabas diucapkan.

    Helmiz
    230926

    BalasPadam
  15. Penulis blog mengatakan kegunaan hp sangat penting dan hp mempunyai baik buruknya jika disalah guna.Nurkilan penulis blog ini seorang yang mementingkan hp dan mengambil tahu penggunaan hp dengn bijak.hehe..

    fysa 224275

    BalasPadam
  16. karya Seloka Telefon Bimbit di atas menyampaikan mesej pentingnya telefon bimbit kepada seseorang individu buat masa sekarang. telefon bimbit ini dapat menyentuh perasaan gembira dan sedih seseorang individu. karya ini juga menceritakan bahawa seseorang individu tidak boleh keluar ke mana-mana individu tidak boleh keluar ke mana-mana tanpa telefon bimbit dalam dunia yang sibuk ini. Penulis menepati isu sangat sesuai pada hari ini....

    Devaganes 224258

    BalasPadam
  17. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  18. Di dalam Seloka Telefon Bimbit ini, penulis menceritakan tentang telefon bimbit secara tersurat dan tersirat secara keseluruhannya. Penulis kreatif dan inputnya juga sangat berguna pada setiap lapisan masyarakat umumnya. Penggunaan ayat yang agak mudah difahami dan penuh dengan pengajaran.

    Rare.
    224263.

    BalasPadam
  19. karya seloka telefon bimbit berkaitan tentang penggunaan telefon dalam keperluan harian. Dengan mengunakan telefon kita dapat berhubung antara satu sama lain dengan pentas dan cepat. zaman sekarang kecanggihan telefon memudahkan untuk kita melaksanakan tugasan harian semua nya di hunjung jari.
    suraya 224260

    BalasPadam