Selasa, 24 Mac 2015



Aku dan Pelajar Itu
Pelajar itu amat taat
 menyulam ketekunan
meredah garis sempadah gigih
 merentas usia bukan sempadan
dalam kejituan semangat tabah
mengejar  gapaian harapan cita
menerobos dunia ke keluargaan
membahagi tika dan masa
di pintu tanggungjawab hakikat
selain  suri dan kerjaya.

Pelajar itu amat setia
setiap tutur memintal faham
lalu seringkali ku ajar
tentang semangat
tentang sabar
tentang yakin
tentang berani
tentang tabah
sambil menyimpul tugas
di bahu menggalas.

Pelajar itu amat hebat
memenuhi keizinan itu
dengan kejujuran kesungguhan
menelaah helaian masa
mencatat nota kehidupan
tanpa menyisih beban
dengan zikir percaya
menadah kesyukuran
menuju mercu puncak jaya
bersama segulung kejayaan.

Pelajar itu menemui aku
penuh rasa bangga dan terharu
setelah lengkap pengajiannya
memahat tanda kasih
atas segala tercurah
atas rasa terima kasih
atas restu keizinan
atas bantu memahami
atas segala tercurah.

Pada saat kegembiraan menanti
segala meriah kita kongsi
dalam tawa derai air mata
semangat menewaskan halangan
dalam menghangatkan kegembiraan
pada kucupan mesra ikhlas sanubari
membalas kepercayaan jasa dan budi
sebagai guru dan suami.

Pelajar itu adalah isteriku.
Tahniah dan selamat bergraduat
27 November 2014
dari aku suami dan anak-anakmu.


Badrul
Adunmasblogspot

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Penulis berkongsi tentang sikap positif dalam diri seorang pelajar iaitu merupakan isteri kepada penulis ketika menimba ilmu sehingga menamatkan pengajian dengan kejayaan yang amat membanggakan dalam bentuk penulisan kreatif. Ini menunjukkan kita boleh berkongsi kegembiraan melalui penulis kreatif seperti yang telah dipelajari didalam kelas SBLM1023. Melalui karya ini juga kita boleh mempelajari nilai murni yang dikongsikan untuk dijadikan panduan dalam menuntut ilmu bagi memperolehi kejayaan yang cemerlang. Oleh itu, kita bukan sahaja boleh berkongsi kegembiraan hanya melalui penulisan biasa bahkan melalui penulisan kreatif.

    Munawwarah Husain (230942)

    :)

    BalasPadam