Sabtu, 19 Februari 2011

WAJAH KITA SERUPA


Wajah kita serupa
Darah merah adalah sama
Usah biarkan menjadi pekat hitam
Kerana kita adalah pengisi
Rumah harmoni.

Hilangkan segala sengketa
Walau apa warna kulit mu
Kerana kita adalah pewaris
Rumah makmur.

Hulurkan semangat bantu
Cekal satu ikatan
Teguh dibawah kerukunan
Berteduh pelembagaan.

Bertautlah atas rasa kecintaan
Tali persaudaraan kita kukuhkan
Walau apa kepercayaan
Tiada garis pemisah yang menghalang.

Kita adalah bangsa berdaulat
Negara penuh limpa kurnia
Berganding menjana wawasan
Rupa jiwa yang satu
Arah yang dituju
Matlamat yang jitu.

Setiap inci tanahair
Maruah kita bersama
Harus kita pertahankan
Senada dan seirama
Satu bangsa Malaysia.

 Nukilan.
Badrul Hisham Ghazali

4 ulasan:

  1. pernah dikontroversi utk dijuarakan alasan bombastik yg camna??? tq bob memelodi penuh menarik, juara d hati...

    BalasPadam
  2. Karya yang mempunyai maksud mendalam. Karya yang bertemakan patriotik Dan semangat kenegaraan yang tinggi, untuk rakyat Malaysia yang terdapat pelbagai bilangan kaum namun hidup bersama salam satu negara dan memahami erti perpaduan demi kesejahteraan negara tercinta, Malaysia.

    #Arffan (230933)

    BalasPadam
  3. Penulisan yang puitis dan sangat menarik. Ianya, mengigatkan dari mana saya berasal. Disamping itu, meningkatkan kecintaan saya terhadap negara saya.

    #Hasnida (230935)

    BalasPadam
  4. Karya yang mempunyai maksud mendalam. Karya yang bertemakan patriotik Dan semangat kenegaraan yang tinggi, untuk rakyat Malaysia yang terdapat pelbagai bilangan kaum namun hidup bersama salam satu negara dan memahami erti perpaduan demi kesejahteraan negara tercinta, Malaysia.

    #Arffan (230933)

    BalasPadam