Sabtu, 19 Februari 2011

SELOKA SI REMPIT


Tatkala heboh mula diperkata
Entah bagaimana mendapat nama
Atas jalan kononnya juara
Tersungkur jua mula merana.

Bagai sungguh digelar rempit
Sekali pecut bagai pelesit
Kerana fikiran dah mula sempit
Kalau difikir cari penyakit.

Alasan diberi nak tunjuk jantan
Padan dengan betina berkenan
Aksi lagak diatas jalan
Ngalahkan beruk kena belacan.

Bertambah hebat satu tayar
Boleh berbaring masuk gear
Adat bertaruh kena bayar
Habuan dikejar awek dipugar.

Jumpa selekoh di konar baring
Saja nak test kuatnya spring
Ekjoz ada tak cukup bising
Teguran diberi tak ambil pusing.

Tayar depan biasa di angkat
Yang belakang pun boleh dibuat
Bila polis adakan sekat
Mula buat muka nak tobat.

Darah muda dikata gelora
Sahut cabaran tak kena gaya
Di jalanraya hilanglah nyawa
Sesal kemudian dah tak guna.

Jalanraya bukan tempat lumba
Apatah lagi menunjuk gaya
Walau aksi sungguh pesona.
Tapi sayang salah tempatnya.

Hargai keselamatan orang lain
Nyawa bukan dibuat main
Undang-undang tidak  prihatin
Akhirnya tubuh yang dibalut kain.
Gelagat terlibat ambil iktibar
Dari terusan menjadi tegar
Ingatkan pesan walau sebentar
Kelaku yang buruk harus di selar.

1 ulasan:

  1. Rempit merupakan satu gejala yang patut dibendung dari awal lagi, aktiviti merempit akan memberi kesan bukan saja kepada diri sendiri malah kepada keluarga dan juga negara.Kita sebagai masyarakat yang bertanggungjawab mestilah berganding bahu membenteras gejala rempit ini dari awal lagi.Jika tidak negara kita akan kehilangan pemimpim pelapis dimasa hadapan.Mencegah lebih baik dari mengubati.

    Zukeri (224265)

    BalasPadam