Rabu, 30 Oktober 2013


Pantun Mengusik Rasa
Indah memutih warna Melati
menghias sanggul dara jelita,
telah ku pilih makna sejati
sagala dipikul akan dinyata.


terang buana menyirna alam
selebar lautan nampak berseri
kalbu merana kerana dendam
angkara syaitan merosak diri.

terhampar sawah penuh menghijau
jerih petani membanting tulang
terkapar resah penuh menghirau
cinta berpaksi disunting orang

Syair Gelora Jiwa 
entah mengapa hati nestapa
kelu lidah tutur bicara
mata bertentang malu bersapa
itukah tanda menyubur cinta

sukma menggoda tanda berahi
dipaut janji ikatan mati
seluruh jasad cinta bersemi
terserah raga di gerbang menanti

bila hati telah bersatu
kasih sayang jangan diragu
jangan diikut hawa dan nafsu
biar takdir jadi penentu.
  

Gurindam Raga 
Andai resah jiwa mendamba
kalbu meruntun serah segala

Bila janji dipandang sepi
pasti akibat memakan diri

jika berbudi mestilah ikhlas
segala angkara dapat ditewas

apabila hendak sehidup semati

teguhkan iman berserah ilahi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan